THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 22 December 2011

SENIMAN NEGARA


P.RAMLEE



 Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari LhokseumaweAcheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang BuayaButterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005.Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)).Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee.Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia. Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk  “P.Ramlee the Musical Hidup, Cinta dan Inspirasi”.


AMY SEARCH


Suhaimi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 28 julai 1958 di johor bharu, johor. Beliau lebih dikenali sebagai Amy Search seorang penyanyi rock yang begitu popular di Malaysia dan Indonesia. Pada mulanya , Amy Search bekerja sebagai seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan seacrh bagi mengangtikan tempat Zainal sebagai penyanyi. apabila zainal meninggalkan Seacrh. Amy menjadi penyanyi utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norish yang berasal dari Singapura kekal hingga kini. Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata semuanya iaitu (Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara dan QaQa At-Tameemi ( 2009).

Selain menjadi penyanyi, beliau pernah menjadi pelakon dalam filem tempatan. Antara filem lakonan beliau ialah Kembara Seniman Jalanan (1986) danRozana Cinta (1987) sebagai pelakon undangan. Beliau menjadi pelakon utama untuk filem Sayang (1987) dan Isabella (1990). Filem Kepala Angin (1987) sebagai penyanyi latar, seterusnya filem Fenomena (1990) dan Rock (2005) menjadi pelakon undangan dan yang terakhir filem Lu Pikirlah Sendiri (2007).

Search tertewas setelah 18 tahun berjuang dan telah di bubarkan pada tahun 2001 dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 .Selepas lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya mengambil keputusan bersatu semula dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy (penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes),Lola (Drum).

Beliau telah menyandang anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987 dan 1989 bagi kategori penyanyi berkumpulan popular. Bagi Anugerah Juara Lagu (1989) lagu dan persembahan terbaik disandang oleh Isabella. Banyak anugerah yang diterima sepanjang pembabitan beliau didalam seni tanah air di mana anugerah terkini beliau adalah Album Rock Terbaik, iaitu Gothik Malam Edan pada Anugerah Industri Muzik (2006). Lagu- lagu hits mereka turut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000 hingga 25,000 peminat.


SUDIRMAN HAJI ARSHAD



Sudirman Haji Arshad merupakan seorang permata seni negara yang dilahirkan dengan bakat semulajadi yang menakjubkan. Beliau lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Anak bongsu daripada enam beradik ini meneruskan perjalanan karier sebagai penyanyi, pelakon, penulis dan juga seorang peguam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Undang-undang (1980).

Semasa hayatnya Sudirman pernah memenangi anugerah Bintang RTM tahun 1977. Beliau pernah membintangi filem Kami sebagai Tookoo (berbunyi "Tuku"). Pada tahun 1986, Sudirman telah mengadakan persembahan konsert sulungnya dihadapan 100,000 orang penonton di Chow Kit, Kuala Lumpur. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road.

Tahun 1989 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila Sudirman telah dinobatkan sebagai Anugerah Penghibur Terbaik Asia tahun 1989 di Royal Albert Hall, London. Beliau kini dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Penghibur nombor 1 negara dan Asia. Beliau telah diberi jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Presley Malaysia, Penghibur Milik Masyarakat, Penghibur Rakyat, A Genius With Microphone dan pelbagai lagi. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

Tanggal 22 Februari 1992, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya di Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit pneumonia. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Antara pencapaian beliau sepanjang hayatnya adalah Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (1978), Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu (1987), Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1989) dan Penghibur Nombor Satu Asia (1989). Anugerah serta pingat yang disandang beliau adalah seperti Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009).

Album beliau yang melonjak naik adalah Nilai Cintamu (1980) dan Salam Terakhir (1992) yang merupakan album terakhir. Sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik, beliau telah menghasilkan 20 buah album dalam Bahasa Melayu, termasuk 2 buah album dalam bahasa Inggeris“Twinkle-Twinkle Little Star” dan “Images”.Terdapat banyak lagu beliau yang masih kekal di putarkan di radio masa kini.

Belum pernah sejak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia, Malaysia mempunyai seorang seniman yang luar biasa hebatnya, apatah lagi seorang seniman yang dapat merentasi sempadan bangsa. Sudirman Haji Arshad merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat. Beliau merupakan segala-galanya bagi kita kerana dialah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.







0 comments: