THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 24 November 2011

Bila saatnya tiba ;)

OK, 
BERMULALAH, 
MINGGU DIMANA
HIDUP DIPENUHI DENGAN ASSIGNMENT DAN EXAM!!

BAGAIMANA RASANYA HATI ?
 GEMBIRAKAH ? 
SEMESTINYA 
YA  ......

WALHAL, 
SEBENARNYA BEGITU 
MEMENINGKAN DAN MEMBOSANKAN 

KESIMPULAN 
SAMAADA SUKA MAHUPUN TIDAK
TIADA SEBARANG ALASAN UNTUK MENOLAK
SEKIRANYA MAHUKAN 
KEJAYAAN

KAWAN - KAWAN 
SELAMAT BERJUANG !! 

p/s  : kata - kata semangat untuk diri sendiri dan juga rakan - rakan ;)

Monday 14 November 2011

MALAYSIA TERUS MEGAH DI PENTAS ARENA SUKAN


ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA...



hari ini crew otaiiskema ingin bercerita sedikit tentang kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh para atlet kita..antaranya kejayaan Skuad Hoki Kebangsaan Malaysia bawah 21 tahun telah melakarkan sejarah dalam membenam skuad Australia...3-2

sedikit coretan dari akhbar utusan malaysia online : 


JOHOR BAHRU - Pasukan hoki remaja negara membuktikan mereka bertaraf dunia selepas menundukkan Australia untuk menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor 2011 di sini, kelmarin.

Jurulatihnya, Mohd. Dharma Abdullah berkata, beliau menyedari semangat tinggi anak-anak buahnya sejak melatih skuad projek 2013 itu...

Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara sulung melalui jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim pada masa tambahan untuk menewaskan lawan 3-2.

Aksi kelmarin, bagaimanapun diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas berakhir masa perlawanan sebenar.

Lebih manis skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas 1-2 kepada Australia pada perlawanan pusingan awal berjaya menebus kekalahan di hadapan kira-kira 5,000 penonton.

Mohd. Dharma berkata, pada peringkat saingan bertemu Australia, para pemain tidak yakin dengan diri mereka sehingga menyebabkan skuad negara kalah dan gagal mengutip tiga mata penuh tetapi berjaya bangkit pada perlawanan berikutnya untuk ke pentas akhir kejohanan.

"Selepas mengharungi beberapa siri perlawanan, keyakinan para pemain bertambah dan pada pertemuan kedua menentang Australia di pentas akhir, kita berjaya muncul juara," katanya.


BAGI SUKAN SEA PULA!!

Sukan sea yang sedang berlangsung di Palembang, Indonesia..Skuad Bola Sepak negara telah menewaskan Kemboja dengan jaringan 4-1...skuad kebangsaan bertungkus lumus untuk mengekalkan pingat yang dimenangi dua tahun lalu di Laos...selalin itu juga Skuad Negara telah mengutip 8 emas setakat dua hari berlangsungnya termasya ini....antara penyumbang emas negara yang pertama ialah : 


Nur Suryani Taibi (menembak), 
Tan Song Hwa (baling tukul besi) dan 
Choon Sieng (acara 20 kilometer jalan kaki lelaki )
Shaharudin Jamaluddin (kumite 75 kilogram). 
Loganesha Rao (kumite Bawah 55kg lelaki), 
K. Teagarajan (individu kumite 84kg lelaki) 
G. Yamini (individu kumite bawah 61kg).
Koh I Jie (lawan pedang acara epee individu lelaki).


Saturday 12 November 2011

WELCOME to UMT for all reader..





kehadapan kawan-kawan yang dikasihi...disini team otaiiskema ingin mengucapkan selamat pulang ke
UMT yang tersayang
klu-klu ada rezeki lebih tu boleh lah hantar ke bilik kami ya.. (^_^)
tak sabor rasanya nk blk cuti lg..keh..keh..baru jerk naik dah nak cuti lg..ni la student skg..hahaha...
apa pun 

selamat menempuh cabaran di UMT ni ek..lg pn dah nak final kan..so selamat berjaya diucapkan...






Friday 11 November 2011

apa motif !



ada apa dengan hari ini ? ramainya orang bercerita tentang keistemewaan angka 1, Kenapa ? Apa istimewanya ? sekadar angka je. Mungkin la sebab kecantikan angka itu sendiri , tapi tidak bermaksud angka lain tidak memiliki kecantikannya, ok ! mungkin tidak cantik tapi masih memiliki kecomelan.. wiweeetttt


tak kisahlah, bukan penting pon ..




p/s : selamat tinggal, kite tunggu kedatangan 12.12.12 pulak =_='

kenapa otaiskema ?



Salam Sejahtera untuk Kamo.

Hai, hai, hai .. bermula lah kesinambungan entri saya yang pertama. Kisah kami yang menghuni ruang legar kawasan ini. Kenapa kami memilih otaiskema ? bukan bunga & kumbang ? walhal kami mempunyai jejaka yang turut serta dalam kumpulan ini. Jawapan kepada soalan itu adalah tidak dan tidak!! Kami tak nak bunga dan kumbang, dah macam lagu ( ramai orang membelinya, bunga2 jualannya si ayu, gadis ayu. Datang seorang pemuda dapat melebur hatinya ) cewah cewah - merepek sudah ! Ok, berbalik kepada kenapa otaiskema yang menjadi pilihan sebabnya kami merasakan kami layak memegang gelaran itu , itu milik kami ! hanya kami ! otai kan ? hehehe skema pulak sebabnya bile dalam kelas kami duduk bahagian hadapan, tak berminat duduk kat belakang sb tak nampak kehensaman dr yang mengajar ( padahal masing2 rabun ) wewiitttt ...

sudah terang dan bersuluhkan penyataan diatas, ok ! selesai ...

Disini kami sertakan bukti dimana kami tidaklah se'otai dan se'skema seperti dimasukkan :


ade macam student cemerlang  tak ? 
kami student UMT , harus dan harus belajar 

mak ayah .. kami nak berjaya ^__^




tunggu kemunculan dan coretan pemilik bersama kawasan ini :)
akan tiba -


otaiiskema =  alahai , beku dan terus beku bila terpaksa berterusan menggunakan undang - undang yang tertulis didalam kitab melayu ..maaf en lecturer =.='

Thursday 10 November 2011

Siapa Kami : Bukan Otai.



Salam Sejahtera untuk Kamo.


Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya....bla bla bla bla.. Err. Maaf. Saya adalah salah seorang daripada barisan pengarang blog picisan yang masih merah merah bak bayi yang sungguh comel lahir ke dunia. Dan yang pasti hakikat itu tak dapat di ubah walaupun usia sudah melepasi tahap budak bawah umur.

Disebabkan penubuhan blog ini merupakan salah satu daripada tugasan kami untuk kursus komputer, maka dengan ini bahasa bahasa yang menurut undang undang kitab melayu akan digunakan. Sesuai dengan nama blog kami yang 'skema'. Ouh maaf. bukan skema seperti mana yang anda bayangkan "rambut belah tepi", "berkaca mata bingkai besar", "seluar di pakai paras atas pusat" dan "jalan menunduk dengan riak muka tak tahu apa". Bukan kami. Sumpah bukan. 


Siapa kami ? 


Kami merupakan gadis gadis yang sangat sopan,ayu, berkomitmen tinggi dan berdedikasi yang memiliki keistimewaan masing masing. Tak lupa kami juga dinaungi seekor kumbang yang sangat lah kacak. Ouh bukan membangga diri. Tapi itu adalah latihan untuk memudahkan kami menghadapi temuduga yang memerlukan kami memuja dan memuji diri sendiri. Dan tak lupa juga untuk mempromosikan diri kepada mereka yang sedang mencari calon menantu. Hihi. Maaf kami perlu dan harus ketawa dengan sopan.

Kami juga pemalu

Ok. Serius.


Kami merupakan para pelajar yang merantau mencari ilmu dan bakal menjadi pegawai pertanian yang berjaya. Dan kami juga bakal menggantikan tempat pegawai besar sedia ada di jabatan kerajaan. Ya itu cita cita kami. Pengkhususan didalam bidang agroteknologi membolehkan kami untuk merancang sebuah plan dan konsep bumi hijau. Jangan terkejut andai dalam rumah anda bakal tumbuh pokok menghijau. Dan kami juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap hasil tuaian dan ternakan dapat diperoleh seiring kualiti yang dikehendaki.


Nak tahu lagi.?


Tunggu untuk entri seterusnya ya :)



otakskema : adesss..berusaha baku sebaiknya. maaf ya encik lecturer. =.='