THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 14 November 2011

MALAYSIA TERUS MEGAH DI PENTAS ARENA SUKAN


ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA...



hari ini crew otaiiskema ingin bercerita sedikit tentang kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh para atlet kita..antaranya kejayaan Skuad Hoki Kebangsaan Malaysia bawah 21 tahun telah melakarkan sejarah dalam membenam skuad Australia...3-2

sedikit coretan dari akhbar utusan malaysia online : 


JOHOR BAHRU - Pasukan hoki remaja negara membuktikan mereka bertaraf dunia selepas menundukkan Australia untuk menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor 2011 di sini, kelmarin.

Jurulatihnya, Mohd. Dharma Abdullah berkata, beliau menyedari semangat tinggi anak-anak buahnya sejak melatih skuad projek 2013 itu...

Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara sulung melalui jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim pada masa tambahan untuk menewaskan lawan 3-2.

Aksi kelmarin, bagaimanapun diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas berakhir masa perlawanan sebenar.

Lebih manis skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas 1-2 kepada Australia pada perlawanan pusingan awal berjaya menebus kekalahan di hadapan kira-kira 5,000 penonton.

Mohd. Dharma berkata, pada peringkat saingan bertemu Australia, para pemain tidak yakin dengan diri mereka sehingga menyebabkan skuad negara kalah dan gagal mengutip tiga mata penuh tetapi berjaya bangkit pada perlawanan berikutnya untuk ke pentas akhir kejohanan.

"Selepas mengharungi beberapa siri perlawanan, keyakinan para pemain bertambah dan pada pertemuan kedua menentang Australia di pentas akhir, kita berjaya muncul juara," katanya.


BAGI SUKAN SEA PULA!!

Sukan sea yang sedang berlangsung di Palembang, Indonesia..Skuad Bola Sepak negara telah menewaskan Kemboja dengan jaringan 4-1...skuad kebangsaan bertungkus lumus untuk mengekalkan pingat yang dimenangi dua tahun lalu di Laos...selalin itu juga Skuad Negara telah mengutip 8 emas setakat dua hari berlangsungnya termasya ini....antara penyumbang emas negara yang pertama ialah : 


Nur Suryani Taibi (menembak), 
Tan Song Hwa (baling tukul besi) dan 
Choon Sieng (acara 20 kilometer jalan kaki lelaki )
Shaharudin Jamaluddin (kumite 75 kilogram). 
Loganesha Rao (kumite Bawah 55kg lelaki), 
K. Teagarajan (individu kumite 84kg lelaki) 
G. Yamini (individu kumite bawah 61kg).
Koh I Jie (lawan pedang acara epee individu lelaki).


0 comments: