THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 10 November 2011

Siapa Kami : Bukan Otai.



Salam Sejahtera untuk Kamo.


Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya....bla bla bla bla.. Err. Maaf. Saya adalah salah seorang daripada barisan pengarang blog picisan yang masih merah merah bak bayi yang sungguh comel lahir ke dunia. Dan yang pasti hakikat itu tak dapat di ubah walaupun usia sudah melepasi tahap budak bawah umur.

Disebabkan penubuhan blog ini merupakan salah satu daripada tugasan kami untuk kursus komputer, maka dengan ini bahasa bahasa yang menurut undang undang kitab melayu akan digunakan. Sesuai dengan nama blog kami yang 'skema'. Ouh maaf. bukan skema seperti mana yang anda bayangkan "rambut belah tepi", "berkaca mata bingkai besar", "seluar di pakai paras atas pusat" dan "jalan menunduk dengan riak muka tak tahu apa". Bukan kami. Sumpah bukan. 


Siapa kami ? 


Kami merupakan gadis gadis yang sangat sopan,ayu, berkomitmen tinggi dan berdedikasi yang memiliki keistimewaan masing masing. Tak lupa kami juga dinaungi seekor kumbang yang sangat lah kacak. Ouh bukan membangga diri. Tapi itu adalah latihan untuk memudahkan kami menghadapi temuduga yang memerlukan kami memuja dan memuji diri sendiri. Dan tak lupa juga untuk mempromosikan diri kepada mereka yang sedang mencari calon menantu. Hihi. Maaf kami perlu dan harus ketawa dengan sopan.

Kami juga pemalu

Ok. Serius.


Kami merupakan para pelajar yang merantau mencari ilmu dan bakal menjadi pegawai pertanian yang berjaya. Dan kami juga bakal menggantikan tempat pegawai besar sedia ada di jabatan kerajaan. Ya itu cita cita kami. Pengkhususan didalam bidang agroteknologi membolehkan kami untuk merancang sebuah plan dan konsep bumi hijau. Jangan terkejut andai dalam rumah anda bakal tumbuh pokok menghijau. Dan kami juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap hasil tuaian dan ternakan dapat diperoleh seiring kualiti yang dikehendaki.


Nak tahu lagi.?


Tunggu untuk entri seterusnya ya :)



otakskema : adesss..berusaha baku sebaiknya. maaf ya encik lecturer. =.='

1 comments:

yunZatie said...

sapelah pengarang dia ni..ish ish ish