THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 22 December 2011

PENGENALAN BARISAN PENULIS






Hai. Jejaka kacak yang merupakan penulis tunggal bagi mewakili kaum Adam dan diberi nama SUGENDRA KUMAR A/L VINODAMANEY dan lebih popular dikalangan rakan sekuliah sebagai SUGEN. Beliau dilahirkan di penghujung tahun 1991 iaitu pada tarikh 17 Disember. Anak kelahiran Johor ini mempunyai hobi untuk mengadap muka buku demi memperbaharui status dirinya. Disebabkan kerajinan beliau dalam membaca novel, bakat seninya untuk mengarang ayat- ayat romantis bak Saleem masih tidak dapat ditandingi oleh hero-hero di luar sana.




Holla. Nama gades yang selalu perasan diri beliau comel molek cute ni NURUL IZZATI BINTI MOHD JAWADI dan menggelarkan diri beliau YUNZ ZATIE. Tapi ada rakan yang turut memanggil Yunalizarai. Dilahirkan pada 27 September 1990 dan saya kira umurnya tak perlu dicoretkan. Beliau mempunyai hobi yang sangat pelik dan aneh daripada manusia normal yang lain iaitu mengumpul tali gitar yang putus. Sesuai dengan penubuhan dan nama blog ini, beliau obses dengan lagenda ratu rock Ella yang persis Avril Lavigne Malaysia.



Salam semua. Nama yang diberi kepada pemilik gambar ini ialah NURIN SYAFINAZ BINTI SHAMSUDIN dan beliu lebih terkenal dengan nama NURIN DAK SKEMA. Beliau yang sentiasa berpewatakan ceria dilahirkan pada Ogos 1990 bersamaan 11 muharam 1411 iaitu pada hari Khamis. Selain berperangai gila-gila beliau suka melakukan aktiviti diluar jangkauan minda di samping suka mencuba benda baru. Hobinya pada masa terluang adalah melayari bahtera internet. Gadis ini yang amat meminati Amy Search yang menjadi lagenda sepanjang zaman.




Salam sejahtera. Gelaran ringkas yang menghiasi diri gadis ini adalah ZATIEY AGAVE manakala nama sebenarnya yang diilhamkan oleh raja dan permaisuri hati ialah NUR I'ZZATY BINTI MOHD SANUSI. Gadis yang tergolong di dalam zodiak sagitarius ini dilahirkan pada penghujung tahun 1989. Memiliki minat mendalam terhadap bunga - bungaan menyebabkan gadis ini senang mengalirkan airmata dan itu merupakan salah satu hobinya, pelik tetapi itulah cara yang amat disukai dan berkesan baginya. Gadis ini juga pernah berangan - berangan untuk menceburkan diri bidang permodelan walaupun hakihat sebenarnya tidak memiliki ketinggian yang cukup. 





Hai kawan. Beliau adalah SITI ZUBAIDAH BINTI MOHAMAD dan lebih mesra dipanggil SITI. Beliau merupakan gadis yang berasal dari Melaka yang dikatanya negeri yang bersih dan indah. Beliau sangat peramah dan menjadikan beliau senang untuk mendapat kawan baru dimana sahaja beliau menapak. Sedari kecil, beliau amat meminati bidang seni. Minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian telah membuatkan beliau memilih Allahyarham P. Ramlee sebagai sumber inspirasi untuk beliau melontarkan suaranya ketika lapang.




Nama diberi ADILAH BT ABD RAHMAN, dan nama popular beliau ialah D’LAH. Dilahirkan pada 19 Januari 1989, Tanah Merah, Kelantan. Prinsip hidup “rela diriku dipimpin untuk memimpin”. Hobi beliau dimasa lapang adalah mendengar ceramah- ceramah ilmiah untuk pemantapan diri. Seniman yang diminati ialah Sudirman Hj Arshad dimana setiap perkembangan seniman tersebut tertancap di mindanya.


0 comments: